Terma dan Syarat

Terma dan Syarat dalam membuat pembelian no plat bernombor UMK xxx

1. Pembelian terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara.

2. Pelanggan dibenarkan membeli lebih dari satu (1) nombor.

3. Nombor pendaftaran khas kenderaan UMK hanya boleh digunakan untuk daftar kenderaan Malaysia sahaja.

4. Pendaftaran dan kegunaan nombor plat kenderaan UMK masih tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya, Kementerian Pengangkutan Malaysia.

5. Pendaftaran Nombor pendaftaran khas kenderaan UMK hanya boleh didaftarkan di JPJ WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR DAN JPJ PANJI, KOTA BHARU KELANTAN sahaja.

6. Sebarang penukaran nama perlu dimaklumkan dan caj perkhidmatan RM100 akan dikenakan untuk cetakan semula.

7. Sila pastikan segala butiran yang diberi adalah TEPAT (mengikut No. K/P, SSM atau passport), sebarang pembetulan butiran akan dikenakan caj perkhidmatan RM100.

8. Setiap pembelian nombor plat kenderaan UMK hendaklah didaftarkan dalam tempoh SETAHUN dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.

9. Pembayaran boleh dibuat dalam mana-mana transaksi perbankan dan bukti pembayaran hendaklah dikemukakan dalam sistem (upload).