PRIVASI DAN KESELAMATAN

Kandungan ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Kami komited untuk melindungi Data Peribadi semua pembida di laman web ubida.umk.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi yang dinyatakan di bawah, sila hubungi kami menerusi nombor telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 010-226 6786


PRIVASI


  • Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

  • Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel  yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama-sama dengan jabatan lain dalam UMK untuk membantu menyelesaikan setiap masalah pembelian nombor plat atau proses bidaan. Namun begitu, maklumat mel-e anda tidak akan dijual atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga yang akan menyalahgunakan emel anda atau menginginkan keuntungan daripada maklumat tersebut.

  • Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari sistem UBIDA ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda semasa pendaftaran sahaja.

  • Sekiranya anda membida dan membuat bayaran, maklumat tentang bayaran, kaedah pembayaran dan jenis perbankan yang anda gunakan akan disimpan bagi tujuan melindungi hak anda sebagai pembida di sepanjang proses bidaan dilakukan